SEKITAR 180 peserta memenuhi dewan Wisma Geylang Serai (WGS) bagi acara sastera yang menghimpunkan ahli bahasa dari empat negara Asean iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura baru-baru ini.
Dianjurkan buat kali ke-20, Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN) anjuran Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50) itu merangkumi dua sesi yang berlangsung selama dua hari.





