PEMERINTAH telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak $1.4 bilion bagi kos batal perjanjian kepada Sports Hub Pte Ltd (SHPL), sekitar $100 juta lebih rendah berbanding jumlah yang diunjurkan sebelum ini, menyusuli pemindahan Hab Sukan Singapura ke tangan pengurusan baru.
SHPL ialah konsortium yang mengendalikan hab itu sebelum ia secara rasmi diserahkan Disember lalu kepada sebuah entiti baru, Kallang Alive Sport Management...





