Pelakon tempatan yang sudah bersara, Mikhail Abdul Razak, pada Khamis (9 Feb) menyatakan hasrat mahu mengaku bersalah berkaitan tuduhan yang dihadapinya membabitkan peranti e-rokok, yang dikatakan dalam dokumen mahkamah sebagai barangan yang menyerupai produk tembakau. Dia, yang lebih dikenali sebagai Nick Mikhail dan pernah muncul dalam rancangan di saluran televisyen berbahasa Melayu, Suria, dijangka mengaku bersalah pada 9 Mac ini....





