Singapura, mulai Isnin (13 Februari) ini, akan menurunkan tahap risiko penularan Covid-19 ke paras 'Hijau' di bawah Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada 9 Februari.
Ini bermakna Singapura akan melonggarkan langkah pengurusan selamat yang masih ada, ujarnya semasa satu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 di Pusat Akhbar Nasional...





