WALAUPUN Covid-19 bukan lagi satu ancaman seperti dahulu, Presiden Halimah Yacob menggesa warga Singapura agar terus bertanggungjawab secara sosial dan mengekalkan kebersihan yang baik.
Beliau berkata demikian menyusuli pengumuman Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF) semalam bahawa Singapura akan merendahkan tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) kepada hijau dan melonggarkan sekatan memakai pelitup mulai minggu depan.





