AWAL minggu ini, dunia digemparkan dengan kejadian gempa bumi yang melanda Turkey dan Syria dengan jumlah kematian sehingga Khamis lalu dilaporkan melepasi 15,000. Video dan gambar memperlihatkan banyak bangunan ranap dengan banyak kawasan dipenuhi puing runtuhan. Di Turkey sahaja, sekitar 6,000 bangunan dikatakan musnah dalam bencana alam itu. Sungguh menyayatkan.
Satu berita lain pada minggu sebelumnya turut menggemparkan pembaca -...





