PEMERINTAH akan melantik Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran untuk bekerjasama dengan rakan industri, latihan dan pekerjaan bagi memahami jurang tenaga kerja dan kemahiran dalam sektor serta membangunkan latihan relevan yang diperlukan, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa. Ini akan dirintis dalam sektor kejuruteraan jitu, runcit dan perdagangan borong yang mempunyai jumlah pekerja matang dan syarikat kecil dan sederhana...





