KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memandang serius isu pencerobohan nelayan asing di perairan negaranya dan sedang bertindak menangani jenayah itu yang membawa kesan rantaian serta berisiko mengundang jenayah serius lain.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan amat menyedari ancaman pencerobohan nelayan asing, yang turut menyebabkan negara terdedah jenayah penyeludupan dadah, barangan, pemerdagangan manusia, lanun dan kerosakan alam...





