Persinggahan secara kebetulan di satu reruai ketika menyertai perlumbaan kecergasan Spartan pada 2024 tanpa diduga membuka laluan bagi Tahir Ahmed Ansari untuk bertanding di Sukan Asia.
Ketika itu, beliau sekadar ingin mencuba tembak pistol laser kerana timbul rasa ingin tahu di reruai yang dikendalikan badan sukan, Modern Pentathlon Singapore, yang terletak di luar Stadium Negara.





