NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata beliau akan mempertimbangkan permintaan keluarga mangsa serangan 11 September 2001 supaya lebih banyak rekod pemerintah didedahkan, termasuk dokumen yang didakwa boleh menjelaskan kemungkinan kaitan individu Arab Saudi dengan pelaku serangan itu.
Encik Trump membuat kenyataan tersebut pada 13 September ketika ditanya wartawan di Ireland sebelum berlepas pulang ke Amerika Syarikat.





