SEBAGAI jurutera wanita Cik Nurdiyana Fatin Sidik tidak rasa kekok atau kurang selesa bekerja dalam industri yang lazimnya dipenuhi kaum Adam.
Ini kerana majikannya, SMRT Thomson-East Coast Line (TEL) menitik beratkan budaya saling menghormati, saling membantu dan saling memastikan keselamatan pekerjanya.





