PENYANYI popular era 80-an, Ibnor Riza, 62, kini dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, selepas pengsan di kediamannya, pagi Ahad. Rakannya yang juga penyanyi Nizam Laksamana berkongsi, Ibnor terpaksa ditidurkan bagi membolehkan doktor mencari puncanya pengsan, selain mengesan masalah penyakit lain. "Isteri Ibnor menghubungi saya memaklumkan suaminya pengsan. Dalam perjalanan dengan menaiki ambulans, Ibnor sedar...





