Bukan sahaja paluan kompang, malah dendangan penyanyi Malaysia, Noraniza Idris, dan gema kumpulan dikir barat turut memeriahkan majlis perkahwinan penyanyi tempatan, Rahila Rashun, dan suami, Encik Ahmad Syafiq Moklas, pada 13 September.
Justeru, majlis tersebut, yang diadakan di The Landmark Ballrooms di Newton, menjadi riuh dan bersemangat semasa persembahan gabungan mengejutkan oleh Noraniza dan kumpulan dikir barat, Andika Kencana, ditujukan...





