Langkah sedang diambil untuk menangani aduan daripada pengguna pengangkutan awam di Tampines yang berdepan waktu menunggu bas lebih lama sepanjang dua bulan lalu, kata pengendali bas Go-Ahead Singapore (GAS).
Langkah pengendali itu diambil selepas penduduk memaklumkan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng, apabila perjalanan harian bas mereka menjadi tidak menentu, dengan waktu menunggu lebih lama dan bas...





