Menganggap diri beliau masih ‘hijau’ atau mentah lagi dalam industri seni, pelakon Malaysia, Nadhir Nasar, mengakui banyak perkara perlu beliau pelajari sebagai seorang anak seni.
Meskipun lakonannya dikritik netizen, Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30 tahun, memilih untuk menerima pandangan penonton dengan hati terbuka.






