JOHOR BAHRU: Perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya perlu terus dipelihara kerana ia menjadi asas keamanan, kestabilan serta kedaulatan Malaysia.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kepelbagaian yang dimiliki negara itu bukan penghalang, sebaliknya kekuatan yang menyatukan rakyat dalam mempertahankan tanah air.





