Meskipun seseorang itu mungkin masih percaya bahawa pemindahan mata wang kripto mereka adalah sah, Encik Muhammad Syazwan Suhaimi mungkin dapat mengesan tanda-tanda yang menunjukkan sebaliknya.
Sejak menyertai Markas Siber Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Julai, beliau merupakan antara penyiasat awam yang membantu memantau pergerakan mata wang kripto, menjejak dana dan bertindak apabila wang sampai ke platform yang membolehkan ia dibekukan.





