Razak Mohamed Lazim, bekas pengarah kanan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dijatuhi hukuman penjara 7 minggu, Akta Salah Guna Komputer, seleweng wang
SingapuraSep 18, 2026 | 1:51 PM

Bekas pengarah kanan MUIS dihukum penjara 7 minggu atas salah guna komputer, seleweng wang

Seorang bekas pengarah kanan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah dijatuhi hukuman penjara 7 minggu pada 18 September.

Razak Mohamed Lazim, 59 tahun, mengaku bersalah pada 29 Julai atas satu pertuduhan di bawah Akta Salah Guna Komputer kerana mengakses sistem e-mel Madrasah Irsyad Al-Zuhri tanpa kebenaran, dan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta secara...

Pengasas Raisugood, Cik Raodah Arshad, memanfaatkan resipi susyi bakar hasil air tangan ibunya untuk membangunkan perniagaan makanan sendiri selepas berdepan pelbagai cabaran ketika mengurus sebuah francais piza. Ketabahan beliau dalam bidang keusahawanan mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Spirit of Enterprise (SOE) 2026 pada 5 November.
SingapuraNov 12, 2026 | 11:15 AM

Dulu gagal berniaga piza, kini bangkit jual susyi resipi ibu dari dapur komersial

Di sebalik populariti susyi bakar jenama Raisugood, tersimpan kisah jatuh bangun pengasasnya, Cik Raodah Arshad, dalam dunia perniagaan.

Pada 2012, beliau bersama keluarganya mengambil alih sebuah francais piza dengan harapan dapat mengembangkan perniagaan tersebut.

Mantan ketua pegawai teknologi (CTO) di syarikat penyedia perkhidmatan dan teknologi maklumat, Ascentis Private Ltd, Encik Yusup Ngadimin, meninggalkan dunia korporat selepas lebih dua dekad demi membangunkan platform ‘mimicue.AI’ bagi membantu golongan muda mengenali potensi diri dan merancang hala tuju kerjaya.
SingapuraNov 12, 2026 | 11:02 AM

Kurang bimbingan kerjaya dorong usaha bangun platform AI, bantu belia rancang masa depan

Setelah lebih dua dekad membina kerjaya sendiri dalam sektor teknologi tanpa banyak bimbingan tersusun, Encik Yusup Ngadimin memahami betapa sukarnya menentukan hala tuju masa depan.

Dilahirkan di Indonesia, Encik Yusup melanjutkan pengajian di Malaysia sebelum berpindah ke Kota Singa demi mencari rezeki dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Temu Lawak, pelawak veteran, seni hiburan
HiburanNov 12, 2026 | 10:44 AM

Pelawak veteran kembali cuit hati di pentas, kenangan lama kembali bersemi

Bagaimana jika para pelawak yang suatu ketika dahulu mencuit hati penonton sebenarnya tidak pernah kehilangan sentuhan lawak mereka, sebaliknya hanya semakin terpinggir daripada ingatan masyarakat?

Hakikat itu seakan-akan terungkap menerusi persembahan Temu Lawak pada 31 Oktober lalu di De Villa Ballroom, yang menghimpunkan semula barisan pelawak veteran dan penggiat seni tempatan untuk menghiburkan kira-kira 400 penonton.

kegiatan pengayaan anak, aspirasi ibu bapa, perkembangan kanak-kanak
Gaya hidupNov 12, 2026 | 5:30 AM

Kegiatan pengayaan anak: Antara aspirasi dengan kerisauan ibu bapa

Peningkatan pelaburan ibu bapa di Singapura dalam kegiatan pengayaan untuk anak-anak mencerminkan gabungan aspirasi ibu bapa, jangkaan masyarakat, persaingan pendidikan serta kebimbangan terhadap perkembangan kanak-kanak.

Kegiatan pengayaan boleh menawarkan peluang bermakna kepada kanak-kanak untuk mengembangkan keupayaan fizikal, kognitif serta sosial dan emosi.

Pameran, ‘SHIPPED! Vessels of Taste’ ,menggabungkan penemuan arkeologi dengan warisan kulinari yang masih diamalkan sehingga kini.
Gaya hidupNov 12, 2026 | 5:30 AM

Telusuri sejarah, warisan makanan melalui penemuan arkeologi

Teroka bagaimana objek dan bahan makanan yang dibawa merentasi lautan membantu membentuk tradisi makanan yang kita kenali hari ini melalui pameran, SHIPPED! Vessels of Taste, yang sedang berlangsung.

Pameran itu menggabungkan penemuan arkeologi dengan warisan kulinari yang masih diamalkan sehingga kini, sekali gus mengetengahkan kisah, rasa dan tradisi makanan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Anugerah Jauhari BH rai kecemerlangan, ketabahan
Play Video

Kuota haji 900 tempat disahkan bagi S’pura untuk 2027
Play Video

Bermula dengan secawan kopi, empat sahabat buka kafe sendiri
Play Video

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video