Penduduk Yaman yang kehilangan tempat tinggal berkumpul di luar pusat perlindungan di sebuah kem sementara di bandar pelabuhan Aden, selatan Yaman, pada 17 September 2026. Menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), sekurang-kurangnya 125,000 penduduk Yaman terpaksa meninggalkan kediaman mereka dalam tempoh dua minggu lalu akibat pertempuran baru antara Houthi dengan pasukan pemerintah Yaman yang disokong Arab Saudi.
DuniaSep 18, 2026 | 2:21 PM

Saudi, Houthi saling berbalas serangan, laluan minyak dunia berdepan ancaman

RIYADH: Arab Saudi dan Houthi di Yaman saling melancarkan serangan baru merentasi sempadan pada 17 September, sedang konflik yang semakin meluas meningkatkan kebimbangan terhadap bekalan minyak dunia apabila dua laluan perkapalan strategik – Selat Bab el-Mandeb dan Selat Hormuz – berdepan gangguan serentak.

Pertempuran terbaru turut memburukkan krisis kemanusiaan Yaman, dengan lebih 100,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan ribuan lagi...

Anggota Briged Mekanis Berasingan ke-93 ‘Kholodnyi Yar’ Ukraine melakukan rondaan di bandar Druzhkivka, wilayah Donetsk, timur Ukraine, pada 12 September 2026, sedang perang Russia-Ukraine berterusan. Indonesia kini menyiasat dakwaan Ukraine bahawa sekurang-kurangnya lapan warga Indonesia telah direkrut menyertai tentera Russia, dengan seorang individu yang dipercayai sudah menyertai angkatan itu dilaporkan menghubungi Kementerian Luar Indonesia melalui WhatsApp.
DuniaSep 18, 2026 | 3:42 PM

Warga Indonesia didakwa sertai tentera Russia hubungi Kementerian Luar

JAKARTA: Seorang warga Indonesia yang dipercayai sudah menyertai tentera Russia menghubungi jurucakap Kementerian Luar Indonesia melalui WhatsApp dan meminta satu mesej disampaikan kepada Menteri Luar, Encik Sugiono, ketika Jakarta menyiasat dakwaan rakyatnya direkrut untuk dihantar ke zon konflik.

Jurucakap kementerian, Cik Yvonne Mewengkang, berkata mesej itu diterimanya menerusi nombor telefon peribadi yang digunakannya dalam kapasiti sebagai jurucakap.

Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, memohon maaf kerana terlelap ketika memimpin Sidang Parlimen di Dewan pada 9 September.
SingapuraSep 18, 2026 | 3:40 PM

Speaker Parlimen Seah Kian Peng mohon maaf terlelap ketika pimpin sidang Parlimen

Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, memohon maaf kerana terlelap ketika memimpin sidang Parlimen di Dewan pada 9 September.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 18 September, Encik Seah berkata beliau kurang sihat dan telah mengambil ubat pada hari berkenaan, namun menegaskan bahawa perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan.

Syarikat teknologi pandu sendiri, Waymo, akan melancarkan khidmat tempahan kenderaan tanpa pemandu di Singapura menjelang 2028.
SingapuraSep 18, 2026 | 3:30 PM

Kenderaan tanpa pemandu Waymo bakal lancar khidmat di S’pura jelang 2028

Syarikat teknologi pandu sendiri, Waymo, akan melancarkan khidmat tempahan kenderaan tanpa pemandu di Singapura menjelang 2028.

Waymo akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menyediakan asas bagi pengenalan perkhidmatan tempahan kenderaan komersial elektrik itu.

Polis Johor mengarahkan pihak berkepentingan di kawasan berkenaan mengambil langkah pencegahan lebih menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, terutama ketika Desaru terus menjadi antara destinasi pilihan pengunjung tempatan dan warga Singapura.
MalaysiaSep 18, 2026 | 3:12 PM

Desaru perketat keselamatan selepas kes pecah kenderaan pelancong

Kejadian pecah kenderaan, termasuk kereta bernombor pendaftaran Singapura, di kawasan Adventure Waterpark Desaru Coast pada 6 September lalu telah membuka mata pelbagai pihak mengenai keperluan mempertingkat tahap keselamatan di kawasan pelancongan Desaru.

Walaupun kejadian itu dianggap terpencil, Polis Johor telah mengarahkan pihak berkepentingan di kawasan berkenaan mengambil langkah pencegahan lebih menyeluruh bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, terutama ketika Desaru...

ilhan omar
DuniaSep 18, 2026 | 3:09 PM

Sembur cuka ke arah anggota Kongres AS: Lelaki dijel 14 bulan

MINNEAPOLIS: Seorang lelaki yang menyembur cuka ke arah anggota Kongres Amerika Syarikat, Cik Ilhan Omar, ketika satu pertemuan awam di Minneapolis dijatuhi hukuman penjara 14 bulan, dalam kes yang disifatkan pendakwa raya sebagai sebahagian daripada peningkatan keganasan bermotifkan politik di negara itu.

Anthony James Kazmierczak, 56 tahun, dijatuhi hukuman oleh Hakim Mahkamah Daerah Amerika, Cik Joan Ericksen, pada 17 September...

Pegawai pemeriksaan diiktiraf selepas tolak sogokan
Play Video

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video

‘Bang Bang Sauce’ Ministry of Spud kegilaan ramai anak muda
Play Video

Masuk Dunia Jumanji & Bergambar Bersama Selebriti di Madame Tussauds
Play Video