Pelajar yang mencari tempat selesa untuk mengulang kaji pelajaran kini boleh memanfaatkan tiga ruang belajar baharu yang disediakan Yayasan Mendaki secara percuma hingga 26 November.
Pelajar yang mencari tempat selesa untuk mengulang kaji pelajaran kini boleh memanfaatkan tiga ruang belajar baharu yang disediakan Yayasan Mendaki secara percuma hingga 26 November.
Menteri Kanan, Encik K. Shanmugam, telah menziarahi keluarga mangsa nahas jalan raya di Tampines yang meragut nyawa sepasang suami isteri, termasuk si isteri yang sedang hamil, dan meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia enam tahun.
Dalam satu hantaran Facebook pada 18 November, Encik Shanmugam berkata beliau mengunjungi keluarga tersebut baru-baru ini bersama sukarelawan cawangannya serta kakitangan daripada Persatuan Dana Amanah...
Pemandu akan perlu bergantung kepada tanda jalan dan peringatan unit dalam kenderaan (OBU) untuk mengetahui lokasi caj Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dikenakan, selepas kebanyakan gantri ditanggalkan susulan peralihan kepada sistem caj berasaskan satelit mulai 1 Januari 2027.
Gantri ERP sedia ada akan ditanggalkan atau diubah suai secara berperingkat menjelang Jun 2027, selepas itu sistem satelit akan digunakan untuk mengenakan...
Kesan perkembangan kecerdasan buatan (AI) terhadap pekerjaan menjadi tumpuan penceramah di Pesta Teknologi Kewangan Singapura (SFF) pada 18 November.
Antara pandangan yang dikemukakan ialah AI memerlukan penerimaan masyarakat sebelum ia boleh digunakan secara meluas.
Seramai 3,000 belia dan dewasa Melayu/Islam, termasuk suri rumah yang berminat kembali bekerja, berpeluang mengikuti lebih banyak latihan berkaitan pekerjaan, pendedahan kepada industri serta sokongan pembangunan kemahiran menerusi satu inisiatif baharu.
Ini menyusuli satu memorandum persefahaman (MOU) baharu yang dimeterai antara Yayasan Mendaki dengan Politeknik Ngee Ann (NP) pada 18 November.
SHENZHEN: Presiden China, Encik Xi Jinping, menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Baoan pada 18 November.
Ketibaan Encik Trump disambut dengan penuh warna-warni, termasuk kibaran bendera kebangsaan China dan Amerika , sebelum kedua-dua pemimpin itu berjabat tangan.





