PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Sembilan dan Menteri Besarnya perlu mengambil pendirian lebih tuntas serta tidak berdolak-dalik atau tunduk kepada tekanan politik dalam menangani polemik membabitkan institusi Raja Berperlembagaan di negeri itu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini tidak tergugat dan semua pihak perlu memastikan peraturan dan proses...





