SATU-SATUNYA pameran pengantin yang terbesar, menempatkan keluasan sehingga 5,000 meter persegi dengan lebih 200 gerai dianjurkan sepanjang hujung minggu ini.
Anjuran MegaXpress International di Singapore Expo Dewan 6A ini menyediakan keperluan lengkap perkahwinan di bawah satu bumbung seperti andaman, hiasan, katering, khidmat deejay, fotografi, videografi, gubahan, kek, berkat, kad undangan, pakej bulan madu, percutian dan lain-lain untuk bakal mempelai.






