WASHINGTON: Pemerintah Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dilaporkan sudah menyediakan sekatan terhadap keseluruhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), satu langkah yang boleh menjejaskan operasi harian badan itu dan menyukarkannya menjalankan siasatan kes jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.
Dua sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu Reuters bahawa sekatan berkenaan sudah disediakan dan dijangka diumumkan tidak lama lagi, walaupun tarikh tepat...





