Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad, mengadakan lawatan ke pejabat baharu Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) pada 18 September.
Pergas dalam satu hantaran Facebook pada 20 September menyatakan lawatan Encik Zaqy, yang juga Menteri Negara Kanan (Pertahanan), ke bangunan lima tingkat Paradise@Pergas di Changi Road itu merupakan satu peluang interaksi bermakna.





