JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 2,729 membabitkan 765 keluarga setakat jam 4 petang tadi, berbanding 2,687 daripada 747 keluarga pada jam 12 tengah hari.
Jumlah itu meningkat apabila terdapat penambahan mangsa banjir di Mersing, Kota Tinggi dan Batu Pahat.






