BADAN kesenian mapan Perkumpulan Seni (PS) menggambarkan iltizam, daya tahan dan keyakinan manusia menangani cabaran dan mengharungi getir kehidupan menerusi pementasan teater tari minggu lalu.
Berlangsung selama dua malam pada 3 dan 4 Jun di Blackbox Goodman Arts Centre, persembahan bertajuk 'Citra Tari: Gejolak (Titik Kehidupan)' merupakan sebuah pementasan tarian Melayu kontemporari oleh tiga pereka tari - adik-beradik kembar Mohd...





