PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini merupakan satu sambutan yang menggabungkan kededua elemen fizikal dan maya demi memastikan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang mempunyai keupayaan berbeza, dapat menikmati sambutannya, sekali gus merangsang masyarakat inklusif.
Demikian menurut Presiden Halimah Yacob semasa beliau mengunjungi sesi latihan dan rakaman bunyi kumpulan koir yang akan disiarkan secara virtual dalam persembahan...





