Laporan Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pembangunan Keupayaan Modal Insan (TWG-HC) yang mengemukakan lima saranan yang bertujuan menangani trend yang sedang mengubah landskap pekerjaan dan tempat kerja telah dikeluarkan pada 24 September.
SingapuraSep 24, 2026 | 10:00 AM

Kit guna AI akan diperkenal bantu pertingkat tugas HR, rancang tenaga kerja

Satu kit permulaan kecerdasan buatan (AI) akan diperkenalkan untuk membantu syarikat memanfaatkan huraian AI bagi tugasan sumber manusia (HR) utama, seperti perancangan tenaga kerja strategik dan pengurusan bakat.

‘AI Starter Kit’ itu, yang dibangunkan Agensi Pembangunan Kemahiran dan Tenaga Kerja (SWDA) dan Institut Karyawan Sumber Manusia (IHRP), bertujuan memberi syarikat laluan lebih berstruktur untuk memanfaatkan AI secara bermakna.

wanita beri makan kucing, kucing komuniti, penjagaan haiwan terbiar
Mata-mataSep 24, 2026 | 1:37 PM

Bukan pencinta kucing, tapi setia beri makan hampir 60 ekor selama 16 tahun

Pada setiap hari sekitar 10 malam, ketika kebanyakan penduduk mula berehat dan suasana kejiranan semakin sepi, Cik Fudziah Dzulkifli dan suaminya, Encik Nordali Amin, baru memulakan 'kerja’ mereka.

Dengan menolak dua troli sarat dengan makanan kucing, air, ubat-ubatan, pinggan dan mangkuk, pasangan itu menyusuri tiga hingga lima blok di sekitar kawasan perumahan mereka di daerah Timur Singapura selama kira-kira dua...

Bangunan yang musnah dan rosak akibat peperangan di Gaza, dilihat dari sebelah sempadan Israel pada 23 September 2026. Lapan negara Arab dan Islam, termasuk Indonesia dan Arab Saudi, menggesa Israel menunaikan komitmennya di bawah pelan damai Gaza, termasuk membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan, mengundurkan tenteranya secara berperingkat dan membuka laluan kepada pemulihan serta pembinaan semula wilayah Palestin itu.
DuniaSep 24, 2026 | 1:13 PM

Lapan negara gesa Israel tunaikan komitmen, percepat pelaksanaan pelan damai Gaza

NEW YORK: Lapan negara Arab dan Islam, termasuk Indonesia, Arab Saudi dan Turkey, menggesa Israel segera menunaikan baki komitmennya di bawah fasa pertama pelan damai Gaza serta menyokong pelaksanaan fasa kedua bagi memastikan gencatan senjata berkekalan dan mempercepat pembinaan semula wilayah Palestin itu.

Menteri luar Mesir, Qatar, Jordan, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Pakistan, Turkey dan Arab Saudi turut menyuarakan...

(Dari kiri) Pegawai tentera Amerika Syarikat, Mejar Jeneral Jasper Jeffers; Wakil Tinggi bagi Gaza di bawah Lembaga Keamanan Presiden Donald Trump, Encik Nickolay Mladenov; dan jurutera awam Palestin, Encik Ali Shaath, ketika menghadiri sesi terbuka Lembaga Keamanan di New York pada 23 September 2026. Pertemuan itu membentangkan pelan pemulihan Gaza yang merangkumi 66 projek, termasuk pembinaan tempat perlindungan sementara, pembersihan runtuhan dan pemulihan prasarana.
DuniaSep 24, 2026 | 12:01 PM

Lembaga Keamanan bentang pelan AS$2.45 bilion pulihkan Gaza

NEW YORK: Lembaga Keamanan yang dipengerusikan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, membentangkan pelan AS$2.45 bilion ($3.1 bilion) bagi memulakan pemulihan Gaza dalam tempoh enam bulan, merangkumi penyediaan tempat perlindungan sementara, pembersihan runtuhan dan pemulihan prasarana asas.

Pelan itu, yang diumumkan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 23 September, mengandungi 66 projek sebagai fasa...

Pensijilan memberi majikan keyakinan bahawa pasukan HR mereka mampu menasihati pemimpin dengan baik, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Foo Cexiang, yang melancarkan laporan Kumpulan Kerja Tiga Pihak mengenai Pembangunan Keupayaan Modal Insan (TWG-HC) semasa forum ‘People Behind People’ anjuran IHRP yang diadakan di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada 24 September.
SingapuraSep 24, 2026 | 10:00 AM

Syarikat lebih 200 pekerja perlu ada karyawan HR bertauliah mulai Jul 2028

Mulai 1 Julai 2028, syarikat yang menggajikan lebih 200 pekerja perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang karyawan sumber manusia (HR) yang memiliki pensijilan peringkat Karyawan Bertauliah Institut Karyawan HR (IHRP-CP) atau lebih tinggi.

Keperluan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membolehkan syarikat mewujudkan tempat kerja yang progresif dan pekerjaan yang baik.

Guru kanan di prasekolah inklusif pertama di Singapura, Kindle Garden, Cik Nur Allysha Osman, bermain bersama salah seorang anak muridnya.
Gaya hidupSep 24, 2026 | 5:30 AM

Prasekolah inklusif semai empati, galak sikap berdikari

Kanak-kanak yang belajar dan bermain bersama rakan sekelas yang mempunyai keupayaan berbeza secara semula jadi menyemai empati, rasa hormat dan pemahaman bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan cabaran berbeza.

Menyatakan demikian, guru kanan di prasekolah inklusif pertama di Singapura, Kindle Garden, Cik Nur Allysha Osman, berkata nilai-nilai itu kekal bersama mereka apabila mereka melangkah ke alam persekolahan, dunia pekerjaan dan...

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video

[OMGxBH] Apabila orang dewasa cuba kertas matematik PSLE...
Play Video

Dahulu pelanggan beratur di luar kedai, kini niaga ‘bombolini’ di TikTok Live
Play Video

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video