LONDON: Jurulatih Brazil Tite menegaskan "sudah tiba masanya (Brazil) menjadi juara", sedang pasukan Selecao itu memburu kejayaan di Piala Dunia di Qatar.
Pasukan kendalian Tite menunjukkan persembahan memberangsangkan di saingan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan dengan rekod tanpa kalah bagi menempah tempat di final kejohanan terbesar dunia itu pada November ini.





