JAKARTA: Pembinaan awal ibu kota baru Indonesia, Nusantara, kini sedang dijalankan, umum Presiden Joko (Jokowi) Widodo semasa satu lawatan menandakan beberapa kemajuan dalam projek bernilai AS$32 bilion ($44 bilion), yang diragui sebilangan pakar akan menjadi kenyataan.
Projek mega itu, bahagian penting agenda ekonomi Encik Widodo, akan menyaksikan Indonesia memindahkan ibu kotanya dari Jakarta yang sesak teruk ke kawasan kurang membangun...





