BERLIN: Bayern Munich menandatangani Sadio Mane dari Liverpool, kedua-dua kelab itu mengesahkan kelmarin, dengan penyerang Senegal berkenaan diikat tiga tahun oleh juara Bundesliga itu.
Yuran pemindahan dilaporkan sekitar £35 juta ($59.5 juta) untuk Mane, 30 tahun, yang memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana England, Piala FA dan Piala Dunia Kelab sepanjang enam tahun di Merseyside.





