KUALA LUMPUR: Lebih empat dekad berjuang sebagai pejuang seni, maestro muzik legenda, S. Atan, 73 tahun, sudah mencipta lebih 1,000 lagu hit untuk penyanyi lama dan baru.
Malah, kalau dikecilkan skop lagu itu kepada naskhah raya sekalipun, S Atan atau nama sebenarnya, Hashim Said tetap mendominasi carta antara komposer memiliki banyak lagu raya.






