AHLI perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen, dan teman wanitanya, Quah Su-Ling, telah didapati bersalah sebagai dalang kes manipulasi pasaran saham Singapura paling serius di sini hingga melenyapkan lebih $8 bilion daripada pasaran tersebut pada Oktober 2013.
Demikian keputusan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi petang semalam.
Hakim Hoo Sheau Peng mendapati Soh bersalah di atas 180 tuduhan daripada 188 yang dihadapinya,...





