Di saat anak lelakinya yang berusia 16 tahun ‘berjuang’ menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘N’, Sarjan Staf Kanan (SSSgt) Hasrin Hasmoon terpaksa mengambil keputusan berat – meninggalkan keluarga demi menggalas misi kemanusiaan di Nepal.
Sebagai juruterbang dron Pasukan Polis Singapura (SPF), pegawai berusia 44 tahun itu sedar panggilan tugas seperti ini tidak seharusnya dilengahkan.





