SOALAN demi soalan sering muncul di fikiran penyanyi, pelakon dan pengacara Fauzie Laily tentang mengapa penggunaan bahasa Melayu yang fasih dan teratur dalam kalangan generasi muda kian pudar.
Setiap kali menonton wawancara wartawan penyiar dengan anak Melayu di dalam siaran berita di kaca televisyen, budak-budak ini baginya bagai bertutur bahasa makhluk asing yang kedengaran canggung lagi bercampur-aduk dengan bahasa Inggeris...





