Ketika membeli barangan keperluan dapur di pasar raya FairPrice baru-baru ini, saya disajikan dengan playlist atau senarai main lagu daripada empat bahasa rasmi di Singapura.
Lagu pelbagai genre daripada artis tempatan seperti Faiz Zikry, Alyph, Shazza, Nathan Hartono, Regina Song, Joie Tan dan Tabitha Nauser menjadi santapan halwa telinga saya dan pelanggan lain sepanjang kami membeli-belah di cawangan Chinatown Point...





