Singapura menjangkakan perlawanan yang sengit dan penuh emosi menentang Malaysia pada 1 Oktober di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, dan mereka mempunyai pengalaman veteran yang diperlukan untuk menangani tekanan tersebut.
Safuwan Baharudin dijangka kembali beraksi selepas selesai menjalani penggantungan, dan mungkin digandingkan bersama Hariss Harun, rakan sepasukan yang sudah biasa berdepan Malaysia sepanjang sedekad lalu.





