Selepas menjalani rombakan besar buat kali pertama sejak 2006, Galeri Sejarah Singapura di Muzium Negara Singapura di Stamford Road, bakal dibuka semula pada 10 Oktober dengan wajah baharu.
Galeri yang diperbaharui itu menampilkan pelbagai pameran dan pengalaman interaktif yang mengajak pengunjung menyusuri sejarah Singapura menerusi perspektif yang lebih segar.





