SPH Media telah berjaya memperkukuh keupayaan digital dan multimedianya, meluaskan jangkauan audiens baharu, serta terus berkhidmat kepada rakyat Singapura menerusi empat bahasa rasmi di bawah kepimpinan Encik Khaw Boon Wan.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menerusi hantaran di Facebook beliau pada 1 Oktober, menyusuli pengumuman pelantikan Encik Chan Yeng Kit, sebagai Pengerusi Eksekutif SPH Media Trust (SMT)...




