Yayasan Mendaki, NLB, MOU
SingapuraOct 3, 2026 | 5:33 PM

Mendaki meterai 2 perjanjian perluas peluang belajar bagi kanak-kanak

Yayasan Mendaki memeterai dua Memorandum Persefahaman (MOU), satu bersama Lembaga Perpustakaan dan Arkib Negara (NLB) dan British Council Singapura, bagi memperluas peluang pembelajaran serta memperkukuh pembangunan kecelikan huruf dan bahasa dalam masyarakat, terutama untuk kanak-kanak.

Kedua-dua MOU selama tiga tahun itu dimeterai ketika Mendaki menutup tirai Raikan Ilmu 2026 di One Punggol, yang berlangsung sehingga 4 Oktober.

ERP 2.0, caj satelit, sistem gantri
SingapuraNov 18, 2026 | 7:46 PM

Gantri ERP mula ditanggal jelang peralihan kepada sistem caj satelit 1 Jan

Pemandu akan perlu bergantung kepada tanda jalan dan peringatan unit dalam kenderaan (OBU) untuk mengetahui lokasi caj Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dikenakan, selepas kebanyakan gantri ditanggalkan susulan peralihan kepada sistem caj berasaskan satelit mulai 1 Januari 2027.

Gantri ERP sedia ada akan ditanggalkan atau diubah suai secara berperingkat menjelang Jun 2027, selepas itu sistem satelit akan digunakan untuk mengenakan...

Dr Michael Spence (kiri) dari Universiti Stanford dan Encik Ravi Menon, mantan Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dalam sesi perbincangan panel mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pekerjaan.
SingapuraNov 18, 2026 | 7:19 PM

AI boleh ‘perkasa atau singkirkan pekerja muda’, pilihan di tangan kita, kata ahli panel SFF 2026

Kesan perkembangan kecerdasan buatan (AI) terhadap pekerjaan menjadi tumpuan penceramah di Pesta Teknologi Kewangan Singapura (SFF) pada 18 November.

Antara pandangan yang dikemukakan ialah AI memerlukan penerimaan masyarakat sebelum ia boleh digunakan secara meluas.

Yayasan Mendaki (Mendaki) dan Politeknik Ngee Ann (NP) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi memperkukuh laluan pendidikan, latihan dan kerjaya buat golongan belia dan dewasa yang bekerja. (Dari kiri) Pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NP, Encik Lim Kok Kiang; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Pertahanan) dan Pengerusi Yayasan Mendaki, Encik Zaqy Mohamad; serta CEO Mendaki, Encik Feroz Akber.
SingapuraNov 18, 2026 | 6:48 PM

Kerjasama Politeknik Ngee Ann, Mendaki buka lebih banyak peluang latihan, kerjaya

Seramai 3,000 belia dan dewasa Melayu/Islam, termasuk suri rumah yang berminat kembali bekerja, berpeluang mengikuti lebih banyak latihan berkaitan pekerjaan, pendedahan kepada industri serta sokongan pembangunan kemahiran menerusi satu inisiatif baharu.

Ini menyusuli satu memorandum persefahaman (MOU) baharu yang dimeterai antara Yayasan Mendaki dengan Politeknik Ngee Ann (NP) pada 18 November.

Presiden China, Encik Xi Jinping (kanan), menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Baoan pada 18 November.
DuniaNov 18, 2026 | 6:39 PM

Presiden Trump tiba di China bagi pertemuan tiga hala bersejarah dengan pemimpin China, Russia

SHENZHEN: Presiden China, Encik Xi Jinping, menyambut ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, di Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen Baoan pada 18 November.

Ketibaan Encik Trump disambut dengan penuh warna-warni, termasuk kibaran bendera kebangsaan China dan Amerika , sebelum kedua-dua pemimpin itu berjabat tangan.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak (baju biru) kini menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan  rumah di kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur, sejak 10 November lalu.
MalaysiaNov 18, 2026 | 6:30 PM

Peguam Negara, Menteri DAP tolak Najib diberi tahanan rumah

Pelaksanaan hukuman tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Encik Najib Tun Razak, tidak mendapat sokongan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Cik Hannah Yeoh.

Perkara itu terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang baru dinyahklasifikasikan, dan dikongsikan oleh bekas Ahli Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Tony Pua, di...

Sokongan Kos Sara Hidup MUIS ringankan beban ibu tunggal 4 anak
Play Video

https://www.beritaharian.sg/singapura/pub-cuba-kenderaan-pengepam-kawalan-jauh-tangani-banjir-lebih-pantas
Play Video

Abdul El-Sayed cipta sejarah, Muslim pertama dipilih ke Senat AS
Play Video

Pelaburan $28b di JS-SEZ dilulus, potensi cipta lebih 28,000 kerja
Play Video

PM Wong: Pemerintah PAP mesti rancang masa depan, buat pilihan sukar demi S'pura
Play Video