Seorang pegawai mengalihkan perabot dari sebuah “vila” mewah di Penjara Cibinong, Bogor, Jawa Barat, ketika bangunan itu dirobohkan pada 30 September 2026. Banduan didakwa membayar untuk menikmati penginapan mewah yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk gimnasium. Ketua Penjara Cibinong, Encik Wisnu Hani Putranto, kemudian dipecat daripada perkhidmatan awam, manakala 16 kakitangan lain turut dikenakan tindakan disiplin susulan skandal itu.
DuniaOct 5, 2026 | 3:16 PM

Ketua Penjara dipecat susuli penemuan ‘kluster mewah’ banduan di Indonesia

JAKARTA: Ketua Penjara Kelas IIA Cibinong di Jawa Barat, Encik Wisnu Hani Putranto, dipecat daripada perkhidmatan awam Indonesia susulan penemuan “kluster mewah” yang dilengkapi sofa, peti sejuk, televisyen, gimnasium dan kemudahan lain untuk banduan.

Kementerian Imigresen dan Pemasyarakatan Indonesia berkata Encik Wisnu merupakan seorang daripada 17 kakitangan awam yang dikenakan tindakan disiplin berhubung skandal itu.

Muhammad Syafie Ismail mengaku bersalah pada Ogos lalu atas tiga tuduhan kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian, kecederaan parah dan kecederaan.
SingapuraOct 5, 2026 | 4:16 PM

Pemandu nahas Tampines ragut dua nyawa dipenjara 12 tahun 9 bulan

Pemandu yang menyebabkan kemalangan berantai di Tampines pada 2024 sehingga meragut dua nyawa, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun sembilan bulan pada 5 Oktober.

Muhammad Syafie Ismail, 45 tahun, yang turut mencederakan lapan orang termasuk dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, juga dilarang memandu seumur hidup.

reka bentuk rumah HDB, koleksi kasut sniker, inspirasi tanjakan papan selaju
Gaya hidupOct 5, 2026 | 4:05 PM

Kasut sniker jadi tumpuan utama di ruang tamu flat lima bilik

Kebanyakan ruang tamu disusun mengelilingi sebuah sofa.

Namun, di rumah Encik Jumadi, 40 tahun dan Cik Siti, 33 tahun, 157 pasang kasut sniker pula menjadi tumpuan utama.

Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed Al Maktoum, menemui juruterbang Flydubai warga India, Kapten Smit Machchhar, yang sedang menerima rawatan selepas diserang pembantu juruterbang dengan kapak kecemasan dalam Penerbangan FZ1073 menuju Tel Aviv. Kapten Machchhar yang cedera parah berjaya membuka pintu kokpit, membolehkan anak kapal menundukkan suspek yang didakwa merancang merempuh pesawat ke Lapangan Terbang Ben Gurion. Gambar dikeluarkan pada 3 Oktober 2026
DuniaOct 5, 2026 | 3:32 PM

Pembantu juruterbang Flydubai didakwa rancang rempuh pesawat ke lapangan terbang Israel

BAITULMAKDIS: Pembantu juruterbang Flydubai yang dituduh menyerang kapten pesawat dengan kapak kecemaasan didakwa sudah merancang untuk merampas dan merempuh sebuah pesawat ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv, sebelum menyertai syarikat penerbangan itu.

Dua pegawai Israel yang mengetahui siasatan berkata pembantu juruterbang warga Oman itu memberitahu penyiasat Amiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa beliau sengaja mencari syarikat penerbangan yang mempunyai...

Anggota pertahanan awam Palestin memadamkan kebakaran yang memusnahkan beberapa kenderaan dan pokok zaitun di sebuah kawasan pelupusan besi buruk selepas serangan yang didakwa dilakukan peneroka Israel di kampung Ayn Yabrud, timur laut Ramallah, Tebing Barat, pada 4 Oktober 2026. Serangan peneroka semakin meningkat ketika rakyat Palestin turut berdepan sekatan dan operasi ketenteraan Israel, dengan 647 serangan peneroka direkodkan sepanjang bulan lalu.
DuniaOct 5, 2026 | 2:58 PM

Israel tutup lintasan Tebing Barat, Gaza sempena ulang tahun serangan 7 Oktober

BAITULMAKDIS: Menteri Pertahanan Israel, Encik Israel Katz, mengarahkan penutupan menyeluruh lintasan di Tebing Barat yang diduduki dan Jaluran Gaza dari 5 hingga 7 Oktober, ketika Israel memperingati ulang tahun ketiga serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Penutupan itu dilaksanakan ketika tentera Israel turut memperketat kawalan keselamatan di beberapa kawasan Tebing Barat, melancarkan operasi penahanan serta menutup sejumlah jalan utama.

Kapten England, Harry Kane (kiri), meraikan jaringan pertamanya bersama Jude Bellingham ketika beraksi menentang Croatia dalam saingan Kumpulan A3 Liga Negara-Negara Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) di Stadium HNK Rijeka, pada 3 Oktober.
SukanOct 5, 2026 | 2:40 PM

Sentuhan Kane-Bellingham pacu kebangkitan England   

LONDON: Harry Kane bakal menyamai rekod penampilan terbanyak England menerusi penampilan ke-125 beliau menentang Republik Czech pada 6 Oktober, sedang penyerang itu berhasrat memperkukuh gandingan mantapnya bersama Jude Bellingham.

Kane bakal menjadi tumpuan utama sekiranya beliau berjaya menyamai rekod penampilan terbanyak, yang buat masa ini dipegang oleh bekas penjaga gol England, Peter Shilton, dalam saingan Liga Negara-Negara di Stadium Wembley.

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video