Buku cerita, Police Pal SGSecure, dilancarkan pada 5 Oktober untuk mendidik kanak-kanak prasekolah apa yang perlu dilakukan jika mereka ternampak orang asing atau barang yang mencurigakan.
Buku bertajuk, Run, Hide And Tell: An SGSecure Story itu menggunakan watak haiwan untuk mengajar kanak-kanak kecil betapa pentingnya untuk sentiasa berwaspada, menjauhi bahaya dan mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai.




