PEMERINTAH memberi sekitar 21,500 kerakyatan baru tahun lalu, termasuk bagi 1,200 kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada ibu bapa warga Singapura.
Sekitar 33,400 status Penduduk Tetap (PR) baru turut diberi tahun lalu.
PEMERINTAH memberi sekitar 21,500 kerakyatan baru tahun lalu, termasuk bagi 1,200 kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada ibu bapa warga Singapura.
Sekitar 33,400 status Penduduk Tetap (PR) baru turut diberi tahun lalu.
Menjelang operasi Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura, satu persoalan yang semakin menjadi perhatian warga di kedua-dua belah Tambak ialah berapakah kadar tambang yang dianggap berpatutan untuk menggunakan perkhidmatan rel rentas sempadan itu.
Meskipun terdapat cadangan sebelum ini bahawa tambang dijangka berada dalam lingkungan $5 hingga $7 (RM15.80 hingga RM22.20) bagi setiap perjalanan, pandangan pengguna yang ditemui Berita...
Pernah bermain badminton hampir setiap hujung minggu, pasangan makcik dan anak saudara kini mengorak langkah untuk bermain sukan tersebut di luar zon keselesaan mereka dan bertemu dengan pemain lain daripada latar belakang berbeza.
Begitulah yang dikongsikan Cik Lily Ernawati, 44 tahun, semasa ditanya Berita Harian (BH) sebab menyertai Sukan Harmoni bersama anak saudaranya, Cik Sofia Maharani, 24 tahun.
Dalam satu usaha mendekati penduduk di kawasan perjiranan, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Persekutuan Tao Singapura telah menganjurkan Sukan Harmoni ke-16 di Our Tampines Hub pada 13 September.
Acara tersebut, yang menarik sekitar 500 peserta, memberikan mereka peluang untuk bertanding dalam beberapa sukan seperti badminton, bola keranjang, dan e-sukan.
Dunia kini berada dalam keadaan tidak menentu dengan pelbagai masalah, namun Singapura terus memastikan keselamatan rakyatnya serta memberi bantuan apabila mereka memerlukannya, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, pada 13 September.
Beliau berkata pemerintah akan membantu rakyat menangani kesukaran yang mereka hadapi, sambil menggalakkan penduduk melakukan yang terbaik untuk membantu diri sendiri dan satu sama lain demi terus memajukan...
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, akan melakukan lawatan kerja ke Kaherah, Mesir, dari 14 hingga 15 September ini.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 13 September, lawatan itu merupakan kunjungan pengenalan Encik Zhulkarnain ke Mesir.





