SETIAUSAHA Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam berkata Belanjawan tahun ini merupakan peluang berkongsi tentang individu yang telah bekerja keras secara senyap-senyap untuk memperbaiki kehidupan masyarakat setempat selain menyumbang kepada pembangunan negara.
Semasa ucapan perbahasannya mengenai Belanjawan 2022 di Parlimen semalam, Cik Rahayu memberi contoh Encik Hafiz Kasman sebagai antara individu ini.





