BANK dan institusi kewangan lain di sini akan dilarang melakukan perniagaan dengan empat bank Russia sebagai sebahagian sekatan yang dikenakan Singapura untuk melumpuhkan ekonomi Russia ekoran pencerobohannya ke atas Ukraine.
Sekatan itu juga akan melibatkan larangan ke atas eksport sesetengah barangan ke Russia, termasuk elektronik, komputer dan barangan ketenteraan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA), yang memberi butiran lanjut mengenai sekatan...





