PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Encik Hun Sen telah mengajukan agar sidang puncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Asean ditangguhkan .
Menurut Encik Hun Sen, AS telah mengumumkan bahawa sidang puncak itu dijadualkan pada 28 dan 29 Mac ini, tetapi Indonesia, selaku mediator belum lagi menyelaraskan tarikh tersebut dengan negara-negara anggota Asean yang lain.





