DIKIR barat, perarakan tahunan Chingay dan perayaan Thaipusam adalah antara 10 elemen dalam senarai pendek Singapura untuk pencalonan ke senarai warisan budaya tidak ketara (ICH) Unesco.
Lembaga Warisan Negara (NHB) akan berunding dengan orang ramai dalam beberapa bulan akan datang sebelum memutuskan pencalonan kedua negara ini untuk disertakan dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ketara, Menteri...





