Pemerintah menyasarkan untuk memperkenalkan perundangan baharu bagi mengawal selia penggunaan kenderaan berautonomi (AV) di jalan raya pada 2027, kata Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng.
Ketika berucap dalam perbahasan mengenai pindaan kepada Akta Pengangkutan Darat dan Perkara Berkaitan yang diluluskan di Parlimen pada 7 Oktober, beliau berkata Akta AV terkini akan mengawal selia AV...





