SINGAPURA berharap Amerika Syarikat, di tengah-tengah kesibukannya dalam banyak perkara, akan terus memperdalam hubungannya dengan negara di Asia Pasifik, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong semasa pertemuannya dengan Presiden Amerika, Encik Joe Biden.
Presiden Biden pula berkata sedang pentadbirannya menangani krisis Ukraine yang berterusan, negaranya komited untuk melaksanakan strategi Indo-Pasifiknya, dan beliau tidak sabar untuk menjadi tuan rumah kepada...






