RZESZOW, POLAND: Kumpulan pertama tentera Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan mengukuhkan kehadiran pihak perikatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Eropah Timur, berikutan ketegangan di sempadan Ukraine, telah tiba kelmarin di pangkalan tentera Rzeszow di daerah tenggara Poland.
Menurut sumber tentera Poland, sebuah pesawat kecil membawa kakitangan angkatan tentera AS tiba pada sebelah pagi di lapangan terbang Rzeszow-Jasionka.





